Saturday, September 4, 2010

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)

· Kepala berbentuk 'V'

· Bentuk badan mirip torpedo

· Badan berwarna hitam berkilat

· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)

· Kepala berbentuk 'U'

· Bentuk badan tirus

· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan

· Digoreng tidak meletup

JANGAN MENGELUH ...........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "

- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "

- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

- Surah Yusuf ayat 12

Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.

Jangan delete, mungkin ada yang memerlukan...........

Thursday, September 2, 2010

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA” JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan…… Setelah ikan itu terlekat di mata kail…… Hendaklah kamu mengambil ikan itu…… Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja……. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya…… Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang …… Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu…… Hendaklah kamu MENJAGA hatinya…… Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja…… Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu…… dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada…… Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh…… Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja…… Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula…… Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya…… Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa…… Anggaplah dia manusia biasa…… Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi…… Yang kamu pasti baik untuk diri kamu…… Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT …… Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain…… Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN …… Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi…… Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN …… Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu…… MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU …. Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain…… Terlalu mengejar KESEMPURNAAN …… Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…… Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Wednesday, September 1, 2010

maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald

2) A&W

3) Secret Recipe

Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station

2) Kam Lun Ta

3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse

2) Chicken Rice Shop

3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat


F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal


sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .


3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :

i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.

ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.

iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.

iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis,

yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.

Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?

Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .

Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam.

Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .


4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal,


bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.


5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM,

maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.


6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ):

Madam Kwan’s,

Spring Garden,

Rain Nudle House,

Bukhara,

Chillis, California PIzza,

Kelantan Delights,

Chakri’s Palace,

Rotiboy Bakeshoppe,

Auntie Anne’s Pretzels,

Cinnabon,

Al-Marjan ,

Bong Sen (Vietnamese) ,

Chinoz On the Park,

Dome Café, Genki Sushi,

Gloria Jean’s Coffees,

House of Sudanese Food,

San Francisco Steak House/Santini.


Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.


7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ),

La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM ,

Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.


8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .


9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King ,

maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.


10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.


11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.